Apps pertama sangat berguna nak tahu train/tram/bas apa yg perlu korang naik dari Point A ke Point B. Apps 2 plak just nak track perjalanan tram in real time. Senang nak alert bila nak picit loceng tram kalau nak turun. Cara2 nak guna apps PTV tu korang boleh rujuk sini Step by Step PTV Apps
Sesampai je anda kat Melbourne, lepas beli sim card, perkara kedua kena buat ialah beli myki card (kalau anda nak naik public transport lah). Kesemua train, tram dan bas menggunakan sistem yang sama.
Kad myki ade mcm2 rope.. Jgn kau gigih nak kaler mcm ni jugak nanti yer.. Ambil aje apa yg dikasi..
Korang boleh beli myki card kat 7 Eleven atau mesin yang terdapat di stesen2 train dan tram (tak semua stesen tram yer).
Cari mesin cenggini kalau nak beli atau topup myki
Pilih option yg last sekali tu kalau korang nak beli myki card
Option 1 tu kalau korang nak topup myki money. Option 2 tu kalau korang stay lebih dari 28 hari korang boleh lah pilih yg itu sbb lebih jimat.
Setiap kali anda naik bas, train atau tram, anda kena "touch on" kat mesin yg terletak di sebelah pintu (tram & bas) dan di pintu masuk stesen (train). Kat sini anda bebas naik tram (dan kadang2 train atau bas) tanpa perlu ada tiket sbb pemandu tram tak nampak pun sama ada anda "touch on" atau tidak sbb dia duduk dalam bilik pemandu dan x kesah pun dengan korang. Tapi AWAS!! Kalau ada pemeriksaan mengejut dan anda didapati tidak memiliki tiket yg sah (dengan meng "touch on" myki anda di reader), anda akan dikenakan penalty sebanyak AUD70++
Touch on masa naik dan touch off masa turun
Di kawasan Melbourne CBD (Central Business District) dan Dockland, terdapatnya Free Tram Zone di mana anda tidak perlu "touch on" semasa menaiki tram (free journey). Tapi kena ingat, free ride ini hanya terpakai jika anda memulakan dan mengakhiri perjalanan anda di dalam Free Tram Zone.
Peta kawasan Free Tram Zone
Signage Free Tram Zone ni visible di stesen2..
Once korang notice yg stesen tu dah bukan Free Tram Zone dan korang masih belum sampai ke destinasi, cepat2 lah touch on yer kalau xnak kena denda.
No comments:
Post a Comment