Jadi bagaimana anda boleh bekerja di Australia?
Professional Visa
- Visa ini khusus kepada mereka yang bekerja dalam bidang-bidang yg tergolong dalam Skilled Occupation List.
Work & Holiday Visa
- Visa ini bagi mereka yang berusia 18 hingga 30 tahun sahaja. Anda perlulah mempunyai sekurang-kurangnya Bachelor Degree bagi melayakkan anda memohon visa ini. Sila rujuk artikel blog saya yg terdahulu mengenai cara-cara bagaimana anda boleh memohon visa ini.
Student Visa
- Kalau anda tidak bekerja dalam bidang-bidang yang tergolong dalam Skilled Occupation List atau umur anda sudah lanjut atau juga mungkin anda tidak mempunyai Bachelor Degree, anda boleh cuba mohon untuk menjadi pelajar.
Menjadi pelajar di sini tidak bermaksud anda perlu memohon untuk masuk ke Melbourne University atau Monash University. Anda hanya perlu belajar kursus-kursus simple yang tidak memerlukan anda memerah otak bagi mendapatkan gred yang cemerlang sebab tujuan anda hanyalah untuk mengumpul duit kan?
Sebagai contoh, anda bolehlah memohon untuk belajar Certificate III in Commercial Cookery. Banyak kolej yang menawarkan kursus ini dan salah satu daripadanya ialah Academia College. Kursus ini hanya memerlukan anda untuk menghadiri 3 sesi kuliah/latihan seminggu. Yuran sebulan bagi kursus ini hanyalah AUD500-AUD600.
Sebagai pelajar, anda hanya dibenarkan untuk bekerja selama 20 jam seminggu (had maksima).
Untuk pengetahuan anda, chef tersenarai dalam Skilled Occupation List dan selepas tamat Certificate III, anda boleh sambung Certificate IV dan kemudiannya diploma dan seterusnya anda boleh apply Penduduk Tetap (kalau anda layak lah!).
I wud like to explore further on chef thing..
ReplyDeleteboleh share tak mcm mana nak apply belajar tu..apa nak kena prepare utk apply..appreciate your feedback.. thanks.
ReplyDelete