Thursday, 7 January 2016

Tips Membeli Kad Sim di Australia


Ini pilihan yang anda ada..


Anda boleh beli sim card di airport atau di mana2 7 Eleven, pasaraya Coles atau pasaraya Woolworth dengan harga AUD2 tanpa sebarang kredit di dalamnya.

Kalau korang beli kat airport (kat promoter), diaorg akan tolong korang daftarkan sekali. Tapi kalau korang beli kat 7 Eleven ke, Coles ker, atau Woolworth, korang kena balik rumah dan daftar sendiri secara online.

Secara peribadi saya cadangkan Telstra sbb Telstra ni kira macam Celcom lah kat Malaysia. Sampai ke kampung2 ade coverage. Network lain mmg hampeh. Saya pernah ikut road trip dari Melbourne ke Adelaide lalu country side dan terbukti Telstra boleh dipercayai. Network lain yg digunakan rakan lain semuanya ke laut (Vodafone, iiNet (menggunakan rangkaian Optus Yes) dan Lebara.

Telstra


Yg pernah saya pakai ialah Telstra dan Lebara. Kalau korang setakat 4-6 hari kat sini, pilih je mana2 antara network ni sbb dua2 menyediakan pelan data AUD10 = 1Gb data.

Tapi kalau korang plan nak pergi country site, pilihlah Telstra. Kalau setakat nak berlegar around city dan suburbs berdekatan, boleh cuba Lebara. Lebara ni mcm Tune Talk gamaknya. Ok kat kawasan bandar jer. Tapi yg aku suka pasal Lebara ni adalah sbb rate panggilan ke Malaysia agak murah.

No comments:

Post a Comment