Monday, 4 January 2016

Pendapatan vs Perbelanjaan

Ramai yg bertanya, berbaloikah kerja di Australia kalau dinilai semula gaji yg diperolehi dengan perbelanjaan yg dikeluarkan.. So mari kita buat calculation utk tgk berbaloi atau tidak.


Gaji

Gaji minimun di sini berbeza mengikut sektor tapi paling minimum ialah AUD15 ke AUD16 sejam. Saya pernah bekerja di restaurant milik orang Asia dengan bayaran AUD8 sejam. Saya juga pernah bekerja sebagai cleaner di sebuah hostel dengan bayaran AUD30 dan juga di laundry dengan bayaran AUD22 sejam.

Semuanya terpulang kepada rezeki anda.

So kerja kat sini ada 2 jenis.

Texted
Kerja mcm ni akan bayar anda lebih dari AUD16 sejam dan gaji anda akan ditolak tax. Tapi jangan risau tax ni bila cukup masa anda boleh claim balik. Setiap 2 minggu, anda akan terima gaji yang telah ditolak tax di dalam akaun bank anda. Ada juga majikan yg akan bayar cash.

Cash in hand
Kerja ni selaluna di offer oleh majikan Asian. Selalunya kedai makanan org Cina, India etc. Diaorg akan bayar anda kurang dari AUD16 sejam dan ada yg serendah AUD8 sejam seperti yg pernah saya terima masa mula-mula sampai sini. Majikan akan bayar gaji anda seminggu sekali secara tunai. Majikan seperti ini cuba mengelak dari membayar faedah2 kepada pekerja seperti superannuation (lebih kurang KWSP kalau kat Malaysia). Tak digalakkan untuk kerja dengan majikan yang tidak membayar cukai seperti ini.

So kesimpulannya, kita ambil AUD16 lah sebagai gaji kita.

AUD16 x 8 jam x 6 hari = AUD768 x 4 minggu = AUD3072

Ok itu gaji sebulan..


Tempat Tinggal

Katakan anda menyewa di city bilik share ngan mamat Korea. Anda bayar AUD 130 seminggu.

Kalau nak bilik yg x share, anda kena keluar dari city so anda akan dapat bilik single dengan harga 140 - 150 seminggu.

Kebanyakan rumah mengedikan perkhidmatan wifi secara percuma (termasuk dlm kos sewa). Ada rumah yg share bill api dan air tapi kebanyakannya dah termasuk dlm kos sewa.


Pengangkutan

Cuba cari tempat tinggal yang berdekatan dengan tempat kerja anda supaya anda tidak perlu mengeluarkan kos utk pengangkutan.

Kos sebulan utk public transport adalah lebih kurang AUD140.


Makan Minum

Kat sini anda boleh pilih sama ada nak makan luar atau nak masak sendirii kat rumah.

Sebagai gambaran, sebungkus nasi goreng berharga AUD9-11. Kalau anda masak sendiri, kos sebulan lebih kurang AUD300 jer. Jumlah ini boleh cover b/fast, lunch and dinner. Tapi kena ingat yer, b/fast bukan makan nasi goreng campur ayam goreng campur telur mata 2 biji. Hanya sekadar 2 keping roti dan dua biji telur.


Kos-kos Lain

Top up
Kalau anda stay kat city, anda boleh pakai Lebara sbb bagi saya secara peribadi, Lebara menyediakan pelan yg sangat berpatutan. Dengan AUD10, anda boleh dapat 1Gb data. Kalau anda nak call keluarga di Malaysia, topup extra AUD10 dan dengan jumlah ini, anda boleh bergayut lamaaaaaaa... Saya x tahu sangat kadar panggilan tapi setiap kali saya call keluarga di Malaysia selama 30 minit, jumlah yang ditolak tak sampai AUD2 pun.. Kalau anda stay luar dari city (pendalaman), go for Telstra.

Mengidam
Kita kira kos mengidam tetiba nak makan luar atau nak beli waffle ke mende sebanyak AUD100 lah..


Tempat tinggal - AUD560 (seminggu AUD140)
Pengangkutan - AUD140
Makan Minum - AUD300
Kos Lain - AUD120
Total - AUD1120..

So gaji anda AUD3072 minus perbelanjaan anda AUD1120 = AUD1952 dan jumlah ini bersamaan Ringgit Malaysia 6100!

Tapiiiiiii... Langit x sentiasa cerah kan...

Kena ambil kira juga berapa gaji yg anda akan perolehi. Maybe kurang dari AUD16 atau mungkin lebih. Hanya Allah saja yg tahu. Tak cuba tak tahu.

Dan mungkin juga anda seorang yang boros dan tak boleh tengok perkataan SALE!! So kena add plak perbelanjaan menbeli-belah.

Satu lagi, perut anda x sama dengan perut saya.. Bagi saya AUD300 dah cukup utk perbelanjaan makan minum sebulan, tapi bagi anda mungkin tak cukup.

Tapi kesimpulannya, kena kuat sbb apa yg dirancang x selalunya menjadi.

Saya ada beberapa orang kawan yang satu batch ngan saya masa apply Work & Holiday visa ni.. Ini antara kisah mereka..

1. Perempuan India - Sekarang dah tamat WHV dan masih berada di Australia bekerja dengan majikan yang sama dan majikan tersebut dalam proses utk sponsor beliau untk menjadi penduduk tetap di Australia.

2. Perempuan Cina - Landed kat Melbourne dan selepas 100 hari lebih di Melbourne dan masih tercari2 kerja, beliau terbang ke Sydney untuk mencuba nasib di sana. Nasib beliau malang juga di Sydney tidak mendapat pekerjaan yg "dihajati" lalu pulang hampa ke Malaysia.

3. Perempuan dan lelaki Cina - Selamat sudah setahun WHV diaorg dan sekarang dah balik Malaysia. Dua2 org ada pasangan masing2 di Malaysia dan sebab itulah mereka terpaksa pulang.

1 comment:

  1. assalamualaikum,

    boleh sy dptkan email? sy br je dpt whv aussie. tgh nk but planning semua. nak mintak pedoman sikit sebyk

    ReplyDelete