EDIT 18/04/18
Disebabkan ramai yg komen tanya ttg kena bayar activation fee lah, admin fee lah, tolong baca ni.
Kepada yg nak tahu step by step cara transfer duit guna transferwise, sila baca artikel di bawah garisan.
EDIT 15/06/19
Saya ada buat tutorial step by step untuk anda mendaftar dengan Instarem. Instarem basically lebih bagus berbanding Tranferwise dari segi fee dan exchange rate. Sila ke https://mhafischeo.blogspot.com/2019/06/kirim-wang-ke-luar-negara-langkah-dan.html untuk maklumat lanjut.
BEWARE OF INTERNET SCAM
Tuan2 dan puan2.
Nak hantar duit dari luar negara senang je. Si A kat negara asing. Anda kat Malaysia.
Si A pergi bank ABC di negara beliau, isi borang, bayar fees dan bayar jumlah yang beliau nak hantar kepada anda.
Then anda tunggu lah 4-5 hari duit akan masuk ke akaun anda.
Anda tak perlu bayar apa2. Come on lah kenapa dia yg nak beli barang dari anda, anda pula nak kena pergi bank deposit activation fee kepala bana apa? Jgn jadi bodoh. Itu semua scam nak kan duit anda. Diaorg tak berminat pun nak beli syiling lama atau barang purba anda.
Mana2 org yg suruh anda bayar sekian2 amount untuk apa tujuan pun, jangan percaya.
---------------------
Anda nak transfer duit dari Australia ke Malaysia? Atau dari UK ke Indonesia? Atau mana-mana negara di dunia sekalipun? Teruskan membaca kerana saya akan beri step by step cara nak transfer duit dari sebuah negara ke negara lain dengan CEPAT, MURAH, dan MUDAH!!
Perkenalkan TransferWise!
Anda boleh download TransferWise ni kat Apple Store atau Google Play. Kalau tak ada smartphone, masih boleh guna web.
Lepas download, sila daftar guna link https://transferwise.com/u/ummuhajarm untuk mendapatkan transfer PERCUMA buat pertama kali.
Lepas dah sign up, anda dah boleh start transfer duit. Tutorial saya ni menggunakan apps TransferWise untuk iPhone yer. Maybe user interface anda akan berlainan kalau anda guna apps di phone Android.
Mula-mula sekali anda boleh masukkan jumlah transaksi yang anda ingin pindahkan. Anda juga boleh menukar matawang yang anda ingin pindahkan. Kalau anda perasan kat situ, bagi AUD1000, charge yang dikenakan hanyalah 0.696% dari jumlah transaksi iaitu AUD6.96
Boleh click kat Current Rate tu untuk tengok turun naik matawang tersebut. Sesetengah orang suka tunggu rate naik baru nak transfer. So agak berguna lah juga kalau pandai tgk pattern.
Untuk maklumat anda, TransferWise menggunakan exchange rate semasa. Tak macam bank atau Western Union yang rate diaorg lebih rendah daripada rate semasa dan sedikit sebanyak akan merugikan anda.
Ini contoh rate pada 15 October 2016 pada pukul 12:27AM (waktu Melbourne) bagi TransferWise. AUD1 = RM3.20785
Ini pula rate bagi Western Union. AUD1 = RM3.1018. Ada beza tak dengan TranferWiseAUD1 = RM3.20785?
Nampak mcm perbezaan rate pertukaran 0.10605 (3.20785 - 3.1018) ni kecil kan? Tidak kalau anda mengirim wang dalam jumlah yang besar.
Katakan anda nak kirim AUD1000 dan tanpa mengambil kira fees yang dikenakan, anda dah rugi RM106 hanya dengan menggunakan perkhidmatan Western Union.
Kalau guna bank lagi lah teruk. Saya pernah hantar duit dari bank Australia ke Maybank. Bank Australia charge saya, Maybank pun charge saya. Dah lah exchange rate tak bagus. Boleh tgk sendiri perbezaan dalam gambar ni.
So ni contoh-contoh matawang yang boleh antar kirim.
Berbalik kepada tutorial tadi, katakan anda nak hantar AUD500 ke dalam akaun anda/kawan. Masukkan 500 dan anda akan dapat lihat berapa penerima akan terima. Jumlan tersebut merupakan jumlah yang akan diterima selepas ditolak fee. Then click Send Money.
Lepas tu boleh tambah penerima.
Boleh pilih nak hantar pada akaun sendiri atau org lain atau bagi tujuan perniagaan atau derma.
Kalau nak hantar kat akaun sendiri, just masukkkan bank details seperti SWIFT code dan nombor akaun sahaja.
Kalau nak hantar pada orang lain, maklumat tambahan seperti nama, alamat dan email penerima adalah diperlukan.
Kalau nak derma RM2.6 billion pada Najib boleh pilih option ni yer.
Lepas dah isi bank details, summary akan kelar dan anda boleh semak semula sebelum meneruskan transaksi.
Ini cara-cara yang anda boleh buat bagi membayar jumlah yang anda ingin pindahkan.
Add a new card kalau anda baru pertama menggunakan TransferWise.
Isilah maklumat-maklumar seperti cardholder name, card number etc kalau anda nak bayar guna kad kredit atau debit.
Perlu diingatkan ada note kecil molek kat situ yang anda akan dikenakan charge 0.6% kalau anda menggunakan kad kredit / debit.
Disebabkan saya ni kedekut dan tak nak bayar 0.6% charge tu, saya guna kaedah bank transfer. Click jer kat Bank Transfer kat menu How To Pay sebelum ni dan anda akan dibawa ke sini. Lepas tu click jer kat I made this transfer tu menyatakan anda akan buat transfer.
Tapi sebelum tu catit details bagi akaun TransferWise kat mana-mana untuk proses pemindahan dari bank anda ke bank TransferWise (Macquarie Bank). Reference tu penting yer sebab itu ID anda untuk TransferWise. Bila anda tranfer dari bank anda nanti, masukkan Reference Num tu kat bahagian Reference/Details etc supaya senang TransferWise nampak transaksi anda.
Lepas click I made this transfer, skrin ni akan keluar and tekan je Got It!
Lepas tu pergi lah internet banking bank anda dan transfer macam biasa. Perlu diingatkan bila anda pilih untuk membuat bank transfer, exchange rate yang anda dapat pada mula-mula tadi tak akan sama disebabkan proses pemindahan wang dari bank ke bank yang lain akan memakan masa lebih kuran 2-3 hari bekerja (terpulang kepada negara dan bank anda). Macam kat Australia pemindahan dari akaun ke akaun yang lain walaupun bank yang sama akan mengambil masa 2 hari bekerja.
So by the time TransferWise teruma deposit anda, rate dah tentu-tentu akan berubah. Mungkin akan berkurangan sedikit dan munkin juga akan NAIK!!
Bagi sesiapa yang takut exchange rate akan berkurang (walaupun dalam masa 2 hari tu saya tak rasa exchange rate akan berkurangan dengan mendadak), anda bolehlah menetapkan kadar exchange rate yang anda selesa. Maksudnya disini katakan pada waktu anda membuat transaksi, exchange rate adalah AUD1 = RM3.203, anda boleh tetapkan supaya TransferWise agar tidak membuat pertukaran jika exchange rate kurang dari AUD1 = RM3.203. Jadi TransferWise akan hold duit anda sehinggalah exchange rate menepati apa yang anda tetapkan. Tapi jika dalam masa 5 hari exchange rate tigak naik ke jumlah yang anda tetapkan, wang anda akan dikembalikan kepada anda dan transaksi anda akan dibatalkan.
* actually kalau exchange rate sekarang AUD1 = RM3.203, anda tak boleh tetapkan pada paras AUD1 = RM3.203. Option yang disediakan adalah kurang 0.5% atau 1% atau 2% atau 3% kurang dari kadar semasa. Agak complicated nak terang sebenarnya. Boleh rujuk website TransferWise kalau nak tahu lebih lanjut. Plus sesetengan currency macam US Dollar once anda dah buat transfer, rate yang anda dapat tu akan di hold sampai 48 jam!
Kalau anda kat Australia dan nak transfer secara cepat dan real-time dan tak nak tunggu 2 - 3 hari bekerja untuk wang anda diterima TransferWise, boleh cuba perkhidmatan POLI yang disediakan oleh Australia Post secara percuma.
Caranya sila layari website TransferWise dan log in. Tak boleh buat menggunakan apps di phone yer (sama juga macam nak tetapkan exchange rate fluctuation rate).
Lepas log in anda boleh nampak transaksi yang baru anda buat tadi dengan remarks "Waiting for you to pay in". Click kat transaksi tu.
Click kat PAY FOR MY TRANSFER
Lepas tu pilih Internet Bank Payment.
Selain Internet Bank Payment ada juga option Bank Transfer kalau anda tak nak login internet banking bank anda dan tak nak menyusahkan diri mencatit reference number dan akaun detail bagi TransferWise. Sebab kalau anda click kat Bank Transfer tu, semua detail dah ada.
Berbalik kepada option Internet Bank Payment, anda akan terus dibawa ke sini, click Continue to POLI
See dah keluar semua details seperti amount, reference number etc. Then Select your bank.
Tak semua bank ada yer. Antara bank yang ada ialah NAB, CBA, BOM, BOQ, BSA, WB dan Westpac
Saya pilih BOM dan click Continue
Dah tu log in dengan detail internet banking bank anda.
Pilih akaun bagi anda yang ada banyak akaun.
Lepas tu click Confirm
Then mcm biasa kena request Security Code (TAC) then click Continue.
Masuk secure code dan click Authenticate.
Pas tu DONE!!!
Email pun dapat. Tak perlu buat apa dah. Tunggu je dua tiga hari nanti masuklah duit dalam akaun anda. TransferWise mmg selalu akan janji kat anda antara 5 ke 6 hari proses transfer dari point mereka terima wang anda. Tapi selalunya dalam masa 2 hari bekerja saya dah dapat duit saya.
Sekali lagi daftar guna link ni bagi mendapatkan transaksi percuma bagi kali pertama