Salam..
Disebabkan ada yg pm saya tanya soalan-soalan tentang apa yang perlu dibuat selepas "visa granted", so ni serba sedikit tips saya nak kongsikan.
Buka Akaun Bank
Bank pertama yang saya buka ialah National Australia Bank (NAB). Saya daftar online beberapa minggu sebelum sampai ke Australia. Lepas sampai Australia, saya perlu ke cawangan NAB untuk mengesahkan identiti. So rasanya anda tak perlu lah daftar akaun bank awal-awal. Nanti sampai sini baru uruskan.
Setakat ni saya dah daftar dengan 7 bank. Jangan tanya saya kenapa. Haha.. So saya bagi tips untuk 7 bank ni je lah yer.
Commonwealth Bank Australia (CBA) / Bankwest
Boleh saya katakan CBA ni macam Maybank kat Malaysia. Cawangannya merata-rata. Itu kelebihan CBA ni. Cumanya transaction account CBA akan charge anda AUD4 setiap bulan sebagai monthly account fee. Kalau anda nak elakkan monthly account fee ni, anda perlu deposit AUD2000 setiap bulan ke dalam akaun.
Bankwest merupakan bank "adik-beradik" CBA. Jadi anda boleh keluarkan wang di mesin ATM CBA secara percuma vice versa. Cubanya Bankwest ni sangat-sangat tak popular.
National Australia Bank (NAB)
Rasanya NAB ni boleh dikatakan sebagai CIMB di Malaysia. Cawangannya banyak tapi tak sebanyak CBA. Kelebihan NAB ialah transaction account meraka tiada monthly account fee!
Australia New Zealand Bank (ANZ)
ANZ pun macam CIMB juga kalau nak dibandingkan dari segi jumlah ATM. AUD5 akan dikenakan sebagai monthly account fee melainkan anda deposit AUD2000 setiap bulan.
Westpac / Bank of Melbourne (BOM)
Saya tak ada akaun dengan Westpac tapi saya ada akaun dengan BOM. Kedua-dua bank ni "adik beradik" so boleh keluarkan wang tanpa bayaran. BOM akan kenakan AUD6 sebagai monthly account fee atau deposit AUD2000 bagi dikecualikan dari fee ini.
ING Direct / Macquarie Bank
Kedua-dua bank ni mmg paling tak popular. Salah satunya sebab banyk-bank ni takde lansung cawangan dan ATM machine! Tapi yang bestnya pasal bank-bank ni, anda boleh keluarkan wang di mana-mana mesin ATM seluruh Australia tanpa bayaran. Perlu diingatkan - kalau anda keluarkan wang di ATM yang bukan kepunyaaan bank anda, anda akan dikenakan charge AUD2.50. So bank-bank ni bagi saya lebih ideal utk org macam saya yang kedekut. Sesetengah orang rasa AUD2.50 tu tak banyak tapi bagi saya kenapa perlu jadi bodoh bayar bank tanpa keperluan. Disebabkan bank-bank ini tiada cawangan, anda perlu mendaftar online.
Daftar Tax File Number (TFN)
TFN diperlukan majikan bagi membayar cukai pendapatan anda kepada kerajaan. Anda boleh daftar online di Australian Taxation Office. Perlu diingatkan anda memerlukan alamat tetap di Australia untuk mendaftar TFN. Website juga tidak membenarkan anda mendaftar TFN menggunakan IP address di luar Australia walaupun anda ada alamat tetap di Australia. So, sampai Australia baru daftar TFN. Online dan mudah je.
Cari Kerja
Bab yang paling penting sekali - KERJA. Anda boleh layari Seek atau Gumtree untuk cari kerja. Perlu diingatkan bahawa Gumtree tidak membenarkan anda membalas / menghantar message kepada tuan punya iklan jika anda berada di luar Australia. Jadi anda boleh layari Gumtree sebagai panduan sahaja sebelum sampai di Australia agar anda dapat idea tentang kerja yang anda boleh buat / apply. Seek ni lebih kurang mudah.my kat Malaysia jer.
Seek pula lebih kurang mcm jobstreet.com.my. Lebih formal. Dah boleh start create profile kat situ sebelum sampai sini sebab macam-macam juga perlu diisi. Tak sure pulak sama ada Seek membenarkan anda menghantar message jika anda berada di luar Australia.
Next post saya akan sharekan contoh resume saya. Nak cari kerja sini kena edit resume kaw-kaw. Ye lah sebab kita kat sini bukannya akan diterima kerja di bank atau office pun. Kerja buruh jer. So resume kena banyak fokus kepada kerja-kerja buruh je lah.
Cari Bilik / Rumah Sewa
Banyak website yang boleh anda layari untuk mencari bilik / rumah sewa antaranya Gumtree, atau Domain.
Sedikit tips:
- Kebanyakkan owner akan kenakan bond (deposit) sebanyak 2 minggu sewa.
- Nilai harga sewaan kebanyakannya dipaparkan per minggu tapi owner selalunya suruh bayar per fortnightly or monthly.
- Kalau anda di Melbourne, carilah rumah di kawasan-kawasan seperti Melbourne CBD, Calton, Prahran, South Yarra, St Kilda, Southbank, Richmond, North Melbourne etc.
Salam bang.. boleh bagi email tak? Sye nak tanya pasal visa.. sebab saye baru lagi keje kat farm ni. Terimkasih
ReplyDelete