Dalam post sebelum ni saya ada share mcm mana cara step by step untuk register Transferwise. Kali ni saya nak share cara nak daftar Instarem pula.
Kenapa Instarem? Well sebelum ni saya guna Transferwise sebab ratenya bagus berbanding Western Union, Moneygram atau mana-mana syarikat yang menawarkan perkhidmatan money exchange ni. Fee yang dikenakan juga murah. Tapi sejak 2017, Transferwise telah menaikkan fee hampir sekali ganda. Tapi masa tu saya masih guna Transferwise sebab takde company lain yang menawarkan exchange rate yang "real time". Tapi lepas beberapa bulan muncul syarikat yang bernama Instarem. Feenya lebih rendah dan exchange ratenya lebih bagus berbanding Transferwise. Sejak dari tu saya berhijrah ke Instarem.
Okay sila bandingkan fee dua company ni berdasarkan gambar di bawah. Katakan anda mahu menghantar AUD1000 ke Malaysia.
Dengan Instarem, fee bagi AUD1000 ialah AUD5 dan exchange ratenya ialah AUD1 bersamaan RM2.95. Jadi, setelah ditolak AUD5 sebagai fee, jumlah wang yang dikirimkan ialah AUD995. Kesimpulannya penerima akan menerima RM2915.35 (995 × 2.95).
Yang ni pula kos penghantaran AUD1000 dengan menggunakan Transferwise. Kosnya ialah AUD10.96 dan exchange ratenya ialah AUD1 bersamaan RM2.86335. Selepas ditolak fee, jumlah yang akan diconvertkan ialah AUD989.04 (AUD1000 - 10.96). Jadi kesimpulannya penerima di Malaysia akan menerima RM2831.97 sahaja.
Jadi beza antara Instarem dan Transferwise ialah RM83! Itu baru tukar AUD1000. Bayangkan kalau anda nak tukar AUD5000.
Sekarang anda dah tahu kelebihan Instarem, anda bolehlah layari https://www.instarem.com/invite/CUZYZv dan daftar menggunakan step di bawah:
Langkah pertama, taip www.instarem.com dan seterusnya Instarem akan redirect anda ke page berdasarkan negara anda berada. Di homepage Instarem, click pada "Register with us".
Masukkan email, password dan lokasi anda. Pastikan password anda adalah mengikut format yang dikehendaki. Sekurang-kurangnya satu HURUF BESAR, symbol %&/$#^, dan nombor. Lepas tu click kat "Sign Up".
Page seterusnya hanyalah untuk memberitahu anda tentang keistimewaan Instarem. Anda akan terima 75 point secara automatic lepas anda register. Tapi kalau anda selesaikan proses pendaftaran dalam masa 36 jam, anda akan terima bonus 300 points. Total point yang akan anda terima ialah 375 bersamaan AUD4 +/-. Then anda boleh close X je message tu.
Masukkan semua details yang diperlukan.
Bla bla bla. Isi lah semua details. Satu lagi perkara penting semasa anda mengisi ruangan "Referral Code". Sila pastikan anda taip CUZYZv di ruangan tersebut bagi mendapatkan extra 400 poins. Jadi kesimpulannya points yang akan anda terima jika anda menyelesaikan pendaftaran dalam masa 36 jam dan memasukkan referral code CUZYZv ialah 775 bersamaan dengan AUD8. Point ni akan boleh redeem masa nak transfer duit nanti.
Langkah terakhir sebelum anda click pada "Save and Continue".
Langkah seterusnya ialah dengan mengesahkan identiti anda secara online. Anda boleh mengesahkan identiti anda menggunakan kad pengenalan dan passport jika anda berada di Malaysia. Pengesahan saya adalah berbeza dengan anda kerana lokasi saya adalah di luar Malaysia. Anda boleh skip proses ni dan terus ke "manual identification" jika proses pengesahan identiti secara online ini tidak berjaya.
Besar kemungkinan pengesahan identiti anda secara onli seperti di page sebelum ini akan "failed". Ini disebabkan sistem Instarem tidak dihubungkan secara terus ke sistem Jabatan Pendaftaran Negara. Jadi anda dikehendaki mengupload file-file yang disenaraikan ke dalam sistem secara manual. Kalau anda perhatikan di atas gambar tu ada dinyatakan bonus 775 points yang anda akan terima seperti yang saya terangkan sebelum ini.
Ini langkah terakhir yang anda perlu lakukan. Ianya hanyalah sambungan dari pengesahan identiti secara manual. Anda boleh snap dokumen yang dikehendaki menggunakan kamera atau upload file yang anda scan. Lepas selesai, anda bolehlah "Save and Continue" bagi menyelesaikan proses pendaftaran.
Selepas selesai, anda tunggulah beberapa hari bagi team Instarem menyemak dokumen yang anda kemukakan. Jika semuanya mengikut kehendak mereka, anda akan menerima email menyatakan bahawa proses identifikasi telah berjaya dan akaun anda telah dibuka.
Jangan lupa ya sekali lagi bagi mendapatkan 775 point, sila guna pautan ni https://www.instarem.com/invite/CUZYZv dan pastikan kod CUZYZv dimasukkan pada bahagian "referral code".