Sunday, 23 August 2015

Kesimpulan Selepas 9 Bulan di Australia

As Salam..

Ramai yang bertanyakan tentang pengalaman saya di Australia. Ada yang bertanya sekadar nak tahu dan ada juga yang berminat nak mencuba.

Disebabkan ada permintaan, saya nak share serba sikit tentang apa yang saya buat dan bagaimana saya survive di sana.

Tapi tu semua saya akan coretkan di entry seterusnya.

Pada entry kali ni saya nak cerita tentang bagaimana saya bermula. Bagaimana saya terdetik nak mencuba nasib di negara orang.

Saya tak tahu bila angan-angan saya tu bermula tapi saya memang nak sgt hidup kat negara asing terutamanya negara maju yang penduduknya mengikut peraturan dan tak banyak drama mcm kat Malaysia.

Tahun 2010-2011, saya mula buat research mcm mana saya boleh mencapai impian saya. Waktu tu saya terbayangkan Kanada.

Saya bayangkan saya berjalan di taman yang cantik setiap petang lepas habis kerja kat Bank of Canada. *fulamak angan-angan*


Saya mula dengan cari visa yang sesuai untuk saya pohon. Tapi malang sekali.. Tiada visa yang sesuai untuk saya. Tiada Working Holiday visa di Kanada bagi rakyat Malaysia. Saya juga tidak mempunyai kelayakan professional yg diperlukan kerajaan Kanada.

Saya lupakan Kanada. Kanada bukan untuk saya.

Pada Januari 2014, office-mate saya bgtau tentang program Working Holiday New Zealand. Tapi rezeki saya masih di Malaysia kali ini, bukan di New Zealand. Pertama sekali disebabkan last minute notification yang saya dpt dari ofice-mate saya tu - 2 minggu sebelum permohonan dibuka. 2 minggu tak sempat nak buat persiapan! Keduannya pada tarikh permohonan, saya tgh bercuti di Korea Selatan.

Jadi saya terpaksa lupakan New Zealand. Bye bye Kiwi!!

Sampailah May 2014.. Rakan yang sama inform tentang Work & Holiday visa Australia yang akan dibuka pada bulan July / August. Kali ni saya memang prepare dari awal sbb tak nak lepaskan peluang.

Dan Alhamdulillah lepas 9 bulan 14 hari di Australia, saya pulang dengan wang tunai yang mampu untuk membeli Perodua Myvi 1.3 Premium X secara tunai.

Bukan nak riak atau bangga sbb jumlah tu bagi sesetengah org sangat mudah utk dicapai. Tapi bagi saya, jumlah tersebut ialah jumlah keramat. Jumlah yang saya tidak mampu simpan sepanjang 5 tahun bekerja di Malaysia.

Jumlah itu jugalah jumlah yang saya janji pada ibu saya utk dapat permission nak kerja kat Australia.