Aku sampai Melbourne pada 27 October 2014 lebih kurang jam 9 pagi. Dari airport terus ambil Sky Bus ke city dengan bayaran AUD18. Sampai city aku terus ambil tram ke Malaysia Hall. Aku book stay Malaysia Hall selama 4 hari 3 malam dengan harapan dlm masa 3, 4 hari aku dh boleh dapat bilik sewa.
So inilah bilik penginapan aku kat Malaysia Hall.. Selesa Alhamdulillah.. Yg kurang cuma kena mandi kat toilet umum di luar bilik.. Tapi fyi, bilik ni terletak di bangunan lama. Semua bilik di bangunan lama tidak mempunyai toilet di dalam bilik. Kalau korang bertuah dapat bilik kat bangunan baru, korang akan dapat en suite bathroom.
Hari pertama aku kesejukan walaupun dah pasang heater. Dah lengkap pakai long john tapi still terbangun kul 3, 4 bagi dek kesejukan.. Masa tu rasa mcm nak balik Malaysia ja masa tu..
So cengginilah lobby Malaysia Hall. Tempat lepak tgk tv..
Lepas je check in n then letak barang kat Malaysia Hall, aku terus keluar g city semula sbb nak uruskan proses pembukaan akaun bank. Lepas selesai buka akaun, aku round city distribute resume.
Hari ke-2, dan ke-3 sama juga aktiviti aku - kasi resume dan dlm masa yg sama aku cari bilik sewa. Banyak gak aku view lebih kurang 9 ke 10 tempat.
Mcm2 drama.
Ada yg pada mulanya advertised dengan harga 150/week tapi bila view, dia cakap dah ada orang bayar deposit utk bilik 150/w tu. So yg tinggal bilik 200/w. Hmm... Mmg x lah 200/w dengan kerja x dapat lagi..
Aku suka sgt ngan bilik 150/w ni tapi malangnya aku lewat seminit. Dah ada org book..
Semuanya baru kat rumah ni. Owner ni cakap dia pun baru pindah sini x sampai seminggu..
Itulah ownernya. Orang Vietnam yg dah jadi penduduk tetap Australia. Yg sorang lagi tu ialah mamat Brazil yg hancurkan harapan aku nak stay kat bilik single tu.. Cis!!
Inilah bilik yg masih available tapi disebabkan budget aku x banyak, aku terpaksa lepaskan. Tapi owner tu beria-ria suruh aku sewa sebab dia cakap dia selesa kalau dpt housemate mcm aku. Erk..
Study room..
Bersih rumahnya.. Termasuklah bilik air..
Hari ke-3 aku masih x dapat kerja dan rumah.. So aku pergilah ke pejabat Malaysia Hall nak minta extent tarikh check out. Tapi malangnya warden cakap bilik dah penuh. Aku pun dh start xtentu hala xtahu mana nak stay esok lepas check out.
Survey punya survey aku dapat cari hostel utk stay sementara dapat rumah. Aku book utk 2 hari 1 malam jer.
Inilah hostelnya. Satu bilik tu kongsi 16 org bercampur lelaki perempuan. Mcm2 bau ada.. Dgn bersepahnya.. Ya hampun..
Punyalah susah duduk sini sbb bilik locker letaknya di banggunan sebelah. So mmg payah nak simpan barang2 berharga. Sudahnya aku bawa ke hulu ke hilir dompet dan segala hp sampai ke dalam tandas.
Bila aku sembang dgn penghuni kat situ, ramai yg masih x dapat kerja walaupun dah sampai Melbourne lebih dua bulan. Ada juga yg dah kerja berbulan2 tapi masih stay situ sbb nak jimat.
Ni kawasan penghuni2 bersosial.. Bukan atas bumbung tu tapi di bawah kain tu ya..
Alhamdulillah lepas je aku check in kat sini, warden Malaysia Hall call aku cakap dia tersalah tgk jadual. Katanya bilik aku tu kosong xde siapa yg akan check in. So dia panggil aku datang semula. Saboooo je lah..
Tapi disebabkan aku dah bayar utk stay hostel ni, aku pun teruskan lah. Bila lagi nak merasa jadi backpackers kan..
Dlm masa yg sama aku still meneruskan misi aku untuk mencari kerja dan tempat menetap sampailah aku jumpa rumah ni.. Harganya 150/w saja dan rumah ni dihuni sepasang warga muda Australia yg baru berkahwin.. Amanda & Marty..
Amanda dan Marty
Inilah bilik aku.. Biliknya besar siap diaorg sediakan tv lagi..
Katanya katil tu katil anak saudara mereka yg berumur 5 tahun yg pada masa ni berada di US bercuti selama 3 bulan. Hanya katil dan tilam disediakan. Bantal dan duvet kena beli sendiri.
Pemandangan luar dari balcony rumah..
Ruang tamu.. Tempat kitaorg selalu lepak n sembang2.. Si Amanda ni suka bercerita maklumlah cikgu sekolah..
Dapur. Rumahnya kecil je tapi selesa..
Ada cerita sebelum aku dapat stay sini. Masa view rumah ni, diaorg tanya aku kerja mana. Memandangkan aku baru 2, 3 hari kat Melbourne ni dan x tahu sgt tempat2 kat sini, jadi aku bagitahulah cerita yg sebenar yg aku masih mencari kerja. Dan aku cakap kat diaorg yg aku mampu survive 2 bulan tanpa kerja sbb aku ada saving.
Tapi malang...
Malamnya, seperti yg diaorg janjikan utk umum keputusan, diaorg reject aku. Sodeh!
Tapi alhamdulillah esoknya aku berjaya dapat kerja kat sebuah restoran Melayu yg pemiliknya berasal dari Singapore..
Lepas je aku dapat kerja, aku terus msg Marty & Amanda utk reconsider agar aku boleh stay situ sbb rumah diaorg mmg strategik, dan diaorg pun nampak cool. Aku straight to the point jer cakap "If you rejected my application to stay at your place just because I have no work, please reconsider as I got my work already".
Tak sampai seminit aku hantar msg tu, terus aku dapat jawapan "The room is yours now!"
Inilah tempat kerja pertama aku. Bayarannya SHIT tapi disebabkan aku xde kerja, aku terima je.. Lagipun dgn zero pengalaman kerja kat Australia, payah kalau memilih..
So bermulahlah kerja aku sebagai kitchen-hand.. Kerja mudah jer.. Basuh pinggan. Tapi disebabkan restoran ni agak busy, mmg non stop aku membasuh sepanjang waktu bekerja..
Semua yg kerja sini adalah student kecuali aku. Normally seminggu aku akan kerja 5 hari jer.. Sehari kerja 6 jam.
Inilah laluan hari2 aku nak ke tempat kerja. Tenang jer kiri kanan taman.. Kena jalan dlm 15-20 utk ke tram station dari rumah..
So inilah hasilnya lepas kerja beberapa minggu sebagai kitchen-hand.. Kulit jadi kering hari2 berendam air..
Cuaca sejuk menyebabkan kulit bertambah kering..
Kuku pun dah pecah..
Kena minyak panas... Hais mcm2 terjadi...
Disebalik penat lelah bekerja comot2.. Inilah yg mampu membuatkan aku tersenyum.. Tak banyak.. Tapi, alhamdulillah lah sebagai permulaan. Kena bersyukur sbb ramai lagi yg dah lama sampai sini masih tak dapat kerja dan ada juga yg dah give up lepas 3 bulan x dapat kerja. Last sekali, pulang ke tanah air dengan hampa...
Inilah basikal pertama aku di sini. Aku beli kat student yg dah habis belajar n ready nak balik Malaysia. Dia jual dengan harga AUD20 jer termasuk topi, lampu, dan kunci. Lengkap. Mmg untung.. Tapi sedih, basikal tu tersadai je dlm stor sbb aku malas mengayuh.. Haha.. Lagi senang naik tram..